Saturday, November 23, 2013

~KERANA HUJAN DAN PELANGI SENTIASA BERSAMA BERPISAH TIADA~


 Hari ini bumi basah lagi
Dan aku mengeluh juga
Bila air ini mahu berhenti mengalir?
Bila mau kering awan ini melimpahkan cecair
Aku pandang ke timur dan utara
Kelam....
Aku bertanya pada diri mengapa perlunya hujan
Jika matahari mampu memberikan sinar bahagia?
Mataku terpandang sepohon pokok melambai-lambai
Bagaikan bahagia ditimpa hujan
Katak hijau menyanyi  riang memberi suasana pada alam
Mereka bagaikan berirama menyatakan suka
Bagaikan ada suara halus membisik di jiwaku
Hujan turun bukan untuk menyusahkan hamba
Tetapi kerana Rabbi tahu keperluan padannya
Aku tersenyum, dan tiba-tiba titisan itu mula berhenti
Dan diufuk jingga punya warna yang menenang jiwa
Hadiah buat mereka yang sabar menanti hujan reda.
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-oreang yang sabar (Al-Baqarah :155)

Hidup ini bagaikan hujan dan pelangi.  Akan ada ujian yang menduga jiwa. Membasahkan diri dengan air mata duka. Namun musibah yang tercipta bukan kerana diri ini dibenci Rabbi, namun kerana diri ini adalah mutiara indah yang sedang digilap Illahi
Sesungguhnya Yang Maha Mencipta itu tidak zalim buat hamba-hambanya. Tidak membebani setanding yang termampu diri. Buktinya ujian kita semua berbeza. Ada yang diuji dengan kemewahan. Ada pula yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang teruji dengan kebahaagian ada pula yang teruji dengan kedukaan.
Kerana Dia tahu apa yang diperlukan hamba. Tanpa ragu kita diduga. Pandanglah dengan mata yang bercahaya. Setiap yang terjadi punya hikmah yang tersembunyi. Setiap air mata yang mengalir akan punya pelangi sebagai hadiah diesok hari.
Setiap apa yang terjadi hari ini adalah bekalan buat kemudian hari. Jangan pernah lelah menjalani hidup sehari-hari. Jangan pernah membenci ujian yang Tuhan beri kerana kita hamba yang selayaknya diuji. Jika tangisan hari ini bukti kita mengimani kekuasaan Maha Pemberi rezeki redhakanlah hati. Kerana keimanan ini akan menjadi saksi dihari pembalasan nanti.
Jika kesedihan ini mampu membuatkan diri ini bertatih menuju Tuhan  jangan dikeluhkan. Sabar atas cubaan. Tabah atas dugaan. Kerana setiap yang terjadi tidak pernah sia-sia dimata Ya Rabbul Izzati.  Sesungguhnya aku hidup hari ini hanyalah demi Tuhanku.
~Jika hujan berterusan aku hanya perlukan payung untuk terus berjalan. Bukan mengeluh kesah menyalahkan awan. Tiba masanya matahari membentang itu tanda aku berjaya berjuang. Berjuang meyakinkan diri bahawa setiap kesususahan ada kesenangan dan setiap kesabaran akan ada balasan. Dan aku tenang~
Apakah kamu mengira kamu bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepada kamu cubaan seperti yang dialami orang-orang terdahulu dari kamu.  (Al-Baqarah :214)
~Bersangka baik pada Tuhan kerana Dia mengikut persangkaan hamba~

~Berbahagialah dalam ujian Tuhanmu~

aku.hidup.untuk.berbakti......

Diam aku bukan kerana bisu.
Diam aku hanya kerana aku buntu
Bising aku bukan kerana mengadu
Bising aku hanya kerana ingin membantu

Aku bercakap bila perlu
Diam pula sememangnya selalu
Bukanlah kerana aku tak pandai merapu
Kadang-kadang aku selesa begitu

Aku selalu menjadi tempat dihubungi
Untuk mencurah itu dan ini
Telinga dibuka untuk menyantuni
Minda dikerah mencari solusi

Tidaklah aku marah dijadikan sebegini
Dicari waktu menagis seisi
Hilang bayang bila gembira menghiasi
Namun ada ketika hati rasa disakiti

Inilah dia adat duniawi
Namun aku hidup untuk berbakti
Tak perlu aku terus menyesali
Kerana akan ada imbuhan buatku disisi Rabbi



~kerana Dia Yang Maha Mencipta~


Kerana DIA Yang Maha Mencipta

Aku berdiri tegak menghadap kiblat
Tangan ku angkat
Bagaikan ini cara untuk ku bercakap
Tanpa perlu aku mohon izin
DIA telah menjawab
Aku berbicara denganNYA
Tanpa perlu alat
Yang perlu hanya ruku dan sujud
Ketika dahi mencecah sejadah
Segalanya ku luah
DIA mendengar segala yang ku katakan
DIA memahami segala butir yang ku lontarkan
Kerana DIA pencipta aku
Yang faham segalanya tentang aku
Benarlah ketika aku menghampiriNYA satu langkah
DIA menghampiriku sepuluh langkah
Ketika aku merasakan tiada tempat untuk bergantung
SeseungguhNYA kepada DIA lah sebaik-baik tempat pergantungan
Ketika aku merasakan tiada sesiapa di sisi
Sesungguhnya DIA lebih dekat dari urat leher ku sendiri.
Sesungguhnya DIA lah Tuhan yang punya kekuasaan dan kehebatan
Tuhan yang penuh kerahmatan dan kasih sayang
Allah Rabbul Izzati..

Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU agar mereka memperoleh kebenaran. (Al-Baqarah:186)

Demi Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan penuh kesempurnaan. Demi Tuhan yang penuh kerahmatan yang memberikan hambaMu kasih sayang. Demi Tuhan tiada pengagungan melainkan Engkau.

Allah Tuhan sekalian alam telah menciptakan kita, hambaNya dengan penuh kasih sayang. Memberikan kita kerahmatan setiap pagi dan petang.Yang memberikan kasih dan sayang melebihi semesta alam. Itulah Tuhan yang punya nama Rahman
.
Begitu pemurah dan penyayangnya Tuhan pabila DIA memberikan kita kesenangan tanpa meminta imbalan. Setiap yang diperintah dan diarah hanya untuk kita. Buat kebaikan kita. Diharamkan arak kerana arak mampu mengorbankan jiwa. Diharamkan zina kerana mampu menghancurkan keluarga.
Dihalalkan perkahwinan untuk memberikan bahagia dan melengkapkan separuh jiwa. Disuruh sedekah kerana ianya punya hikmah. Ini hanya sebahagian.  Nah begitu cantik bukan arahan dan larangan Tuhan. Jadi mengapa perlunya  merasa terbeban?

Sesungguhnya DIA pencipta kita. Yang Maha tahu apa yang diperlukan hambanya. Hambanya perlukan makanan diberikan berbagai-bagai haiwan laut dan daratan buat bekalan. Hambanya perlukan ketenangan, dikurniakan solat sebagai ubat penenang. Hambanya perlukan manual untuk memandu hidup dan diturunkan AL-Quran .

Ini hanyalah sebahagian tanda kasih dan rahmat Tuhan. Bukalah matamu. Lihat betapa kasih dan sayang Tuhan itu sentiasa memenuhi ruang. Tanpa kasih itu kita mati hari ini kerana hilangnya udara. Udara ini tiada wang yang dijadikan bayaran. Yang diperlukan hanya ketaatan pada Tuhan. 
Masih tidak terlewat untuk menjadi orang yang bersyukur. Selagi mana jasad dan nyawa masih bersama.

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku. (Al-Baqarah: 152)
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (Al Baqarah:172)




Monday, October 21, 2013


Nukilan tika mana aku disana, menghadapi saat-saat kejatuhan mesir yang demokrasi ke tangan penjajahan tentera. Perasaan yang bercampur baur, marah dan sedih. Hanya patah-patah kata yang mampu kunukil tika itu. Untuk bersama angkat senjata aku bukan siapa-siapa...... 
NIL BERDARAH KEMBALI
Pabila Islam mula meyerlah dibumi Nil mengalir
Pabila sujud ke tanah tika Islam di puncak atas
Musuh-musuh tidak berdiam
Memandang dan terus bercadang
Secara perlahan mereka menyusup
Memecah belah negara yang baru tercipta
Dengan indah atas nama demokrasi
Yang berhak memimpin secara sah digulingkan
Yang berhak bersuara didiamkan
Yang punya hak atas semua dimatikan
Merekalah rakyat yang tidak berdosa
Berjuang di medan hanya untuk meninggikan yang haq
Dan juga untuk merendahkan yang batil
Namun nyawa mereka bagai tiada harga
Darah yang tertitis bagai tiada warna
Namun berbahagialah kerana syurga menantimu
Kerana syahid jalan pulang mu
Demi Tuhan yang menjadikan langit dan bumi
Aku mohon menangkan Islam
Hancurkan pakatan mereka Allah
Hancurkan  mereka Allah
Hancurkan.....
Semoga yang haq akan tertegak.


 Nil mengalir tidah pernah henti. Dan nil adalah saksi atas semua yang terjadi. Disinilah bermulanya  pertembungan antara haq dan batil. Pertembungan antara dosa dan pahala. Pertembungan juga antara Firaun dan Musa.

Disini punya dua warna kehidupan samaada hitam atau putih. Samaada memilih Firaun sebagai teraju ataupun mengambil Musa sebaliknya. Walaupun kedua-duanya punya bangsa yang sama namun mereka berbeda. Yang satunya memenangkan yang haq manakala amat menyedihkan pabila yang satunya memilih yang batil.

Hingga kesaat ini pertembungan antara dua ini tidak berhenti. Pabila yang haq menang dan berada dipuncak, kami sujud dimedan menunjukkan rasa syukur. Islam kini menang. Haq mula berkuasa.Batil mula tunduk ke tanah.

Melihat sendiri tercapainya kemenangan Islam, menanti penuh debar keputusan pilihan raya. Perasaan yang tidak mungkin dilupa. Menangnya haq dibumi Nil ini memberikan nafas baru buat Gaza. Bumi yang sangat ingin dijejak. Pintu rafah dibuka hadiah terindah buat saudara disana.

Namun mereka tidak berdiam, mereka merancang. Menjatuhkan yang benar tanpa ragu. Menggunakan alas an yang tidak mampu dicerna minda. Mereka terlalu lama dibelenggu sekularisme hingga tidak mampu melihat Islam itu lengkap atas semua.

Dan kerana tangan-tangan jahat, Nil kini megalirkan darah. Darah para syuhada yang berjuang bagi meninggikan pemimpin yang berhaq. Mereka mungkin terbunuh disini namun mereka hidup disisi Rabbul Izzati.

Mesir kembali berdarah. Mesir kembali dalam medan perjuangan. Mohon doa buat saudara-saudara di sini juga di Gaza yang kembali ditekan pabila pintu penghubung itu ditutup. Juga tidak dilupa buat mereka di Syria dan Rohingya.

Demi Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, demi Tuhan yang penuh kekuasaan. Aku percaya janjiMu, Islam akan menang, namun aku mohon pinjamkan kekuatan agar kami terus berjuang. Teguhkan hati kami di atas medan perjuangan. Redhakan kami atas tiap kejadian. Sampai masanya Tuhan hancurkan pakatan mereka.Hancurkan mereka. Hancurkan.........



Saturday, October 19, 2013

Kerana DIA yang Maha Mencipta

Aku berdiri tegak menghadap kiblat

Tangan ku angkat

Bagaikan ini cara untuk ku bercakap

Tanpa perlu aku mohon izin

DIA telah menjawab

Aku berbicara denganNYA

Tanpa perlu alat

Yang perlu hanya ruku dan sujud

Ketika dahi mencecah sejadah

Segalanya ku luah

DIA mendengar segala yang ku katakan

DIA memahami segala butir yang ku lontarkan

Kerana DIA pencipta aku

Yang faham segalanya tentang aku

Benarlah ketika aku menghampiriNYA satu langkah

DIA menghampiriku sepuluh langkah

Ketika aku merasakan tiada tempat untuk bergantung

SeseungguhNYA kepada DIA lah sebaik-baik tempat pergantungan

Ketika aku merasakan tiada sesiapa di sisi

Sesungguhnya DIA lebih dekat dari urat leher ku sendiri.

Sesungguhnya DIA lah Tuhan yang punya kekuasaan dan kehebatan

Tuhan yang penuh kerahmatan dan kasih sayang

Allah Rabbul Izzati..


Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU agar mereka memperoleh kebenaran. (Al-Baqarah:186)


Demi Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan penuh kesempurnaan. Demi Tuhan yang penuh kerahmatan yang memberikan hambaMu kasih sayang. Demi Tuhan tiada pengagungan melainkan Engkau.


Allah Tuhan sekalian alam telah menciptakan kita, hambaNya dengan penuh kasih sayang. Memberikan kita kerahmatan setiap pagi dan petang.Yang memberikan kasih dan sayang melebihi semesta alam. Itulah Tuhan yang punya nama Rahman.


Begitu pemurah dan penyayangnya Tuhan pabila DIA memberikan kita kesenangan tanpa meminta imbalan. Setiap yang diperintah dan diarah hanya untuk kita. Buat kebaikan kita. Diharamkan arak kerana arak mampu mengorbankan jiwa. Diharamkan zina kerana mampu menghancurkan keluarga.


Dihalalkan perkahwinan untuk memberikan bahagia dan melengkapkan separuh jiwa. Disuruh sedekah kerana ianya punya hikmah. Ini hanya sebahagian.  Nah begitu cantik bukan arahan dan larangan Tuhan. Jadi mengapa perlunya  merasa terbeban?


Sesungguhnya DIA pencipta kita. Yang Maha tahu apa yang diperlukan hambanya. Hambanya perlukan makanan diberikan berbagai-bagai haiwan laut dan daratan buat bekalan. Hambanya perlukan ketenangan, dikurniakan solat sebagai ubat penenang. Hambanya perlukan manual untuk memandu hidup dan diturunkan AL-Quran .


Ini hanyalah sebahagian tanda kasih dan rahmat Tuhan. Bukalah matamu. Lihat betapa kasih dan sayang Tuhan itu sentiasa memenuhi ruang. Tanpa kasih itu kita mati hari ini kerana hilangnya udara. Udara ini tiada wang yang dijadikan bayaran. Yang diperlukan hanya ketaatan pada Tuhan. 

Masih tidak terlewat untuk menjadi orang yang bersyukur. Selagi mana jasad dan nyawa masih bersama.



Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku. (Al-Baqarah: 152)

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (Al Baqarah:172)








KEMBARA

Di kiriku buku di kanan ku buku
Dan aku memulakan perjalananku
 mengembara merentasi benua

Membelek dihelaian pertama
Aku terus berada diluar dunia
Melihat bintang cakerawala
Berputar berpaksi mengelilingi
Mengikut aturan Illah.

Aku kembali ke dunia
Bergerak menuju benua
Melihat Islam gah menyandang dunia
Ku lihat sekeliling agak asing
Tarikh ke belakang rupanya

Dan aku sedang merenung indah
Sepanyol dalam balutan dakwah
Dan kesian kalinya aku beralih arah
Meninggalkan sejarah
Memulakan kembara melihat sekitar
Melihat cantiknya ciptaan Rabbi

Namun tiba-tiba langkah ku terhenti
Punya tangan-tangan manusia merosakkan semua
Yang seimbang menjadi bimbang
Yang menawan menjadi sawang.

Hingga ini pengembaraanku kali ini
 aku perlu mengejar pengetahuan
Kerana pengembaraan tanpa pengetahuan
Bagaikan pelita tanpa sumbu.

Bacalah! Bacalah! Bacalah dengan nama Tuhanmu. Kerana ini adalah wahyu pertama ynag diturunkan buat kekasih seluruh ummat, Muhammad SAW.
Kita disuruh membaca kerana dengan membaca kita akan berfikir. Dengan membaca kita mampu mentadbir.  Dengan membaca membawa kita mampu menyaksi.

Bahan bacaan yang kita baca membezakan kita dan lain. Mereka yang membaca buku berunsur ilmiah akan berbeza dengan mereka yang menghabiskan waktu hanya sekadar membaca gosip-gosip murah.
Mereka yang melazimi membaca buku berbeza dengan mereka yang membiasakan diri dengan televisyen atau  menghabiskan masa melayari laman sesawang tanpa perlu.

Membaca mampu membawa kita mengembara,kesegenap benua juga mungkin  ke angkasa raya. Tidak dilupa dengan terus membaca kita turut mampu berjalan membelah sejarah semalam. Mengambil ibrah agar tidak diulang.

Namun membaca tanpa mengkaji ibarat lembu yang dicucuk hidung . Menerima setiap bacaan tanpa ilmu ibarat buta tanpa cacat. Disinilah perlunya budaya fikir dan selidik.
Bukan itu sahaja, membaca dan menuntut bersama guru perlu seiring, agar setiap bacaan yang di baca tidak terpesong tanpa arah. Agar bacaan yang dibaca dapat dituntun cantik mengisi hidup

Dengan membaca jiwa yang kering akan basah, kasih yang hilang akan tenang, luka berdarah akan terubat indah.
Kerana dengan membaca kita akan temukan mutiara berharga. ILMU dan KASIH RABBI

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Mulia.Yang mengajar manusia dengan pena.Dia yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya  (AL  ALAQ :1-5)