Friday, April 29, 2011

Monday, April 25, 2011

sy budak medic

waaaaaa aku budak medic,,, sure kan kalu budak medic nie orrg ingt makn minum tdo ngn buku kan3

kalu tgk gaya pon da gaya2 albert einstain kan3,,, dgn serabainyeee,,,, hahaha pas2 semua orang takot nak ambik medic sbb katenye takde kehidupan,,,

pejam mata, ttup mata semua ngn buku,, haishhh whai kalian semua 2 penipuan semata2,, hehhe

cumenye kan budak2 medic jadi cmnie tym2 exam n tym2 dekat nak antar assgmnt je,,, waaaaa (skrg aku tgh dalam keadaan nie,, sbb assgmnt nak atar esok tapi tak siap lagie)

nak botak da kepala nie,, mikir sal assgmnt nieee hadoyaiii...... sape nak tlg aku??? tu laaa salah sndri... tyme ade masa lapang main2 tak ingt dunia....

~so jadinye lepsnie jgn la bertangguh dalam buat kerja~

~bljar la kerana Allah n bukan sbb exam smata2, dpt pahala tau beljar kerana Allah bess kan kwn2~

~kalau ibnu sina boleh kuasai ilmu perubatan dan ilmu2 lain kenapa kita nak patah semangat?? kita kan sema2 Islam....~

~yang penting usha ok~......

~orait smbung buat assgmnt~

~bcoz we r human being~

manusia itu berbeza,, so saling la cuba memahami satu sama lain,,, takde guna bertengkar sedangkan perkara 2 hanya benda yang kecil,,

becoz we r human being...... perbezaan bukan satu kesalahan atau kekurangan nmun ianya satu kelebihan kerana perbezaan akan menyebabkan kita melengkapi satu dgn yang lain,, ok......


Friday, April 22, 2011

rembang kota iskandariah....




menyelusuri tepian lautan maditranean memberikan seribu 1 ketenangan,, melihat pukulan ombak yang tidah pernah berhenti mampir ke laut menunjukkan kuasa Illahi Yang Maha Hebat... Kuasa tuhan yang mampu melakukan sesuatu walaupun terbejat oleh akal manusia ini,,

mendongak pula ke kaki langit,, awan asyik berarak memberi teduhan lindungan terhadap seisi alam,,, langit yang membiru mendamaikan kewalangan hati,, turut sekali memuji kehebatan Ya Rabbul Izzati.....

Kicau burung pula ibarat menyanyi menghiburkan hati yang rawan,, berterbangan mencari jalan pulang pabila rembang matahri minggir agar bumi dihiasi bulan.... hati berdetik lagie,, Ya Allah indahnya ciptaanMu,, sempurnanya kejadian yang Engkau jadikan,, mengapakah hati aku buta selama ini.....

mengapa aku tidak mensyukuri segenap nikmat Mu ini.... ampunkan aku Ya Tuhan,, kerana aku alpa dalam mengejar erti kehidupan ini.........





Wednesday, April 20, 2011

cari lah makna sehelai hijab itu.....

hijab,, tudung,, selendang.... semuanya itu adalah selembar kain untuk menutup aurat dan mengikut syariat yang ditetapkan,, namun adakah kita pernah menilai makna sehelai hijab itu? sehelai hijab yang membezakan hamba yang mencari reda Allah atau hamba yang lupa pada pencipta,,,

pernah kah kita melihat betapa besarnya hikmah penutupan aurat yang sempuran yang dianjurkan oleh Islam, agama yang syumul itu? pernah kah kita bertanya pada diri kita,, adakah cara aku berhijab ini yang terbaik? sudah sempurnakah penutupan aurat aku ini yang menjadi lambang maruah seorang mujahidah? tepuk dada tanya iman....

**********************************************************************************

aurat wanita bukan hanya rambut,, banyak lagie,, namun hari ini aku hanya ingin menyentuh tentang rambut,, dan persoalan tentang hijab sahaja... sejauh mana kita memegang suruhan Allah supaya menutup rambut yang diibaratkan sebagai mahkota seorang wanita..

mengapa kita ingin menayangkan mahkota milik kita yang sepatutnya hanya ditonjolkan pada yang hak sahaja... kalu tiap mata yang memandang mampu melihat keindahan yang ada pada kita,, ape kesudahanya?? apa yang tinggal pada kita? fikir2 kan....

janganlah bertudung hanya semata-mata untuk berfesyen,, bertudung hanya kerana anda berada di bumi mesir,, bumi para anbiya, namun apabila kembali ke malysia hilanglah hijab itu,, ataupun kita begitu asyik memaparkan gambar yang tidak bertudung di laman2 sosial,, tanya hati apa yang kita cari dengan melakukan semua itu? yang yang kita raih? apa yang kita dapat?? hanya menambah dosa yang sedia menggunung pabila mata2 gatal memandang gambar itu,,, kalau anda terlalu berani melanggar perintah Allah,, carilah bumi lain untuk berpijak kerana bumi ini dan segala seluruh isinya milik Illahi...


~aku tidak sempurna namun aku berusaha untuk menjadi hambaMu yang mencari taqwa~

~aku bukan marah pada mu sahabat,, namun aku sedih kerana itu bingkaian ini untumu,, kerana sebagai saudara aku mengasihiMu.~

~semoga persahabatan ini hingga ke syurga~

Thursday, April 7, 2011

al-kahfi.....

assalamuaikum,,,

hari yang penuh barakah,, pagi jumaat jgn lupa untuk membaca surah al-kahfi yang mempunyai banyak kelebihan,,, yang mmpu memberikan ketenangan dan mengeluarkan kita daripada kegelapan,,,,

surah inie mempunyai 110 ayat,, mungkin banyak,, bacalah lah perlahan2,, jika tidak mampu menghabiskan satu surah bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir.. jum kita luangkan masa untuk membacanya,, sesibuk mana pun kita,, jangan kita lupa untuk mencari saham akhirat ok kerana yang membezakan kita dgn org lain di hadapan Allah adalah,, ilmu amal dan iman kita...... semoga jumaat,penghulu segala hari mampu mengubah kita menjadi hamba yang taat kepada pencipta.....

~jgn pernah lupa,, mati itu pasti tapi kita tidak tahu bila kita akan di panggil~

Sunday, April 3, 2011

Assalamualaikum.......

jantung tak berhenti berdenyut,, terus menerus menerus bekerja tanpa sedar tuan empunya diri.. bergerak tanpa dipinta dan dirayu,, namun sekali jantung berhenti anak adam terkaku,, kerana tiada darah mengalir,, membekukan darah tanpa udara yang menjadi medium penghantaran.... apabila ini berlaku,,,, kematian mengetuk pintu,,, pabila ajal menjemput,,, berserah diri pada Yang Esa semoga.. segala amalan di muka bumi ini mampu menempatkan kita di syurga Firdausi......

memulakan kembali kehidupan di bumi mesir,,, meneruskan jihad menuntut ilmu di sini,, kali inie modul cardiovascular system mnjadi teman kami hari2,, belajar tentang jantung melihat struktur jantung ciptaan Allah yang bergitu sempuran,,, MasyaAllah kuasa Allah begitu hebat,,, jantung berdenyut tanpa henti menunjukkan nyawa masih di sisi... tanpa perlukan bateri atau pon charger kita mampu menghasilkan tenaga elektrik untuk menggerakkan jantung,,, menggunakan SA node sebagai pacemaker membuatkan 2 atrium dan 2 ventricle bekerjasama sebagai satu jantung...tanpa kerjasama antara semua chamber ini,, akan menyebabkan banyak kerosakan dan membahayakan nyawa,,, lihatlah betapa besarnya kuasa Allah,, dan melalui jantung Allah mengajar kita agar bekerjasama dan saling menghormati demi mendapatkan kerukunan dalam sesebuah organisasi,,, bak kate wandepeck,, ape yang pentinggg kerjasamaaaa.. Lihatlah Rasulullah,, role model kita,, yang sentiasa bekerjasama tanpa memilih bangsa,agama ataupun warna kulit.... dan kerana itu,, madinah mampu membangun kerana adanya kerjasama antara pemerintah dan juga rakyat...

~lihatlah sesuatu dgn mata hati,, banyak faedah yang mampu di kecapi~

~banyak perkara yang tersirat di dunia ini,, pandanglah dalam2,, kerana punya hikmah dan pengajaran di setiap kejadian di muka bumi ini~........