Friday, December 28, 2012


APAKAH YANG HARUS KU PILIH.......


Selalu kita keliru dalam menentukan pilihan , samada perlu pantas bergerak ke hadapan atau masih berdiri di tempat asal, kita bimbang jika bergerak kehadapan kita bakal kehilangan sesuatu yg berharga namun kita juga bimbang jika kita tidak maju melangkah kita tidak mampu melihat masa depan.

Keliru , buntu,, antara dua jalan yang tersimpang , kita akan ragu-ragu utukk memilih jalan mana yg terbaik.  Pilih lah jalan yang mampu membuat hati dan jiwa tenang, Pilih lah jalan yang mampu membawa kita pada tuhan, kerana kita bukan siapa-siapa tanpa DIA

Di saat kita sudah membuat pilihan dan ternyata pilihan itu membuatkan kita kehilangan sesuatau yg berharga, jangan mudah memgalah, jangan mudah berpaling arah kerana mungkin di akhir jalan pilihan itu punya sesuatu yang lebih berharga yang telah Allah rencanakan buat kita. Kerana Dia lah sebaik-baik Perancang

Bagi aku, melangkah lah dengan berani dan berdoalah semoga pilihan yang dilakukan ini adalah pilihan yang terbaik. berdoalah agar hatimu dituntuni Illahi agar memilih jalan yang DIA redhai.......


Wednesday, December 26, 2012

~HAKIKAT BERSEDIH~

Jangan pernah kalah apabila kesedihan menghampiri kerana kesedihan mampu membawa kita hidup bertuhan ,,, 

jangan di benci kesedihan kerana kesedihan membuahkan kekuatan

jangan merasakan lemah pabila tangisan memecah sunyi kerana menangis itu adalah rahmat Illahi

kerana kesedihan itu lumrah kehidupan dan kerana kesedihan itu bukti kita punya perasaan...

Namun pabila kesedihan menghampiri jangan pinggirkan diri daripada Illahi kerana padaNYA lah sumber kekuatan sejati

Pabila air mata menyapu pipi tunduk sujudlah menyembah Rabbul Izzati kerana waktu itulah kedamaian abdi di kecapi........

~BERSEDIH DAN MENANGIS ITU TIDAK SALAH NAMUN ADA KALANYA CARA KITA MENGENDALIKAN KESEDIHAN ITU YANG SILAP~