Kerana DIA yang Maha Mencipta
Aku berdiri tegak menghadap
kiblat
Tangan ku angkat
Bagaikan ini cara untuk ku
bercakap
Tanpa perlu aku mohon izin
DIA telah menjawab
Aku berbicara denganNYA
Tanpa perlu alat
Yang perlu hanya ruku dan
sujud
Ketika dahi mencecah sejadah
Segalanya ku luah
DIA mendengar segala yang ku
katakan
DIA memahami segala butir yang
ku lontarkan
Kerana DIA pencipta aku
Yang faham segalanya tentang
aku
Benarlah ketika aku
menghampiriNYA satu langkah
DIA menghampiriku sepuluh
langkah
Ketika aku merasakan tiada
tempat untuk bergantung
SeseungguhNYA kepada DIA lah
sebaik-baik tempat pergantungan
Ketika aku merasakan tiada
sesiapa di sisi
Sesungguhnya DIA lebih dekat
dari urat leher ku sendiri.
Sesungguhnya DIA lah Tuhan
yang punya kekuasaan dan kehebatan
Tuhan yang penuh kerahmatan
dan kasih sayang
Allah Rabbul Izzati..
Dan apabila hamba-hambaKU
bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku
kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah
mereka memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU agar mereka memperoleh
kebenaran. (Al-Baqarah:186)
Demi Tuhan yang menjadikan
langit dan bumi dengan penuh kesempurnaan. Demi Tuhan yang penuh kerahmatan
yang memberikan hambaMu kasih sayang. Demi Tuhan tiada pengagungan melainkan
Engkau.
Allah Tuhan sekalian alam
telah menciptakan kita, hambaNya dengan penuh kasih sayang. Memberikan kita
kerahmatan setiap pagi dan petang.Yang memberikan kasih dan sayang melebihi
semesta alam. Itulah Tuhan yang punya nama Rahman.
Begitu pemurah dan
penyayangnya Tuhan pabila DIA memberikan kita kesenangan tanpa meminta imbalan.
Setiap yang diperintah dan diarah hanya untuk kita. Buat kebaikan kita.
Diharamkan arak kerana arak mampu mengorbankan jiwa. Diharamkan zina kerana
mampu menghancurkan keluarga.
Dihalalkan perkahwinan untuk memberikan bahagia dan melengkapkan separuh jiwa. Disuruh sedekah kerana ianya punya hikmah. Ini hanya sebahagian. Nah begitu cantik bukan arahan dan larangan Tuhan. Jadi mengapa perlunya merasa terbeban?
Sesungguhnya DIA pencipta
kita. Yang Maha tahu apa yang diperlukan hambanya. Hambanya perlukan makanan
diberikan berbagai-bagai haiwan laut dan daratan buat bekalan. Hambanya
perlukan ketenangan, dikurniakan solat sebagai ubat penenang. Hambanya perlukan
manual untuk memandu hidup dan diturunkan AL-Quran .
Ini hanyalah sebahagian tanda
kasih dan rahmat Tuhan. Bukalah matamu. Lihat betapa kasih dan sayang Tuhan itu
sentiasa memenuhi ruang. Tanpa kasih itu kita mati hari ini kerana hilangnya udara.
Udara ini tiada wang yang dijadikan bayaran. Yang diperlukan hanya ketaatan
pada Tuhan.
Masih tidak terlewat untuk
menjadi orang yang bersyukur. Selagi mana jasad dan nyawa masih bersama.
Karena itu, ingatlah kamu
kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan
janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku. (Al-Baqarah: 152)
Hai orang-orang yang beriman,
makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan
bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (Al
Baqarah:172)
No comments:
Post a Comment