Friday, January 17, 2014

janji

Aku kau dan dia pernah berjanji
Tapi sejauh mana kita tepati
Sejauh mana kita ikuti
Aku kau dan dia
 percaya pada janji yang terpatri
tapi sakit hati bila dikhianati
ada apa pada sebuah janji?
Tepuk dada tanya hati
Aku kau dan dia
Telah berjanji seusai roh ditiup dalam diri
Berjanji untuk jadi hamba Illahi
Berjanji untuk taat pada Rabbi
Aku kau dan dia
Terus berjanji bersama syahadah yang bergema
Berjanji untuk mengESAkan DIA tanpa dua
Juga berjanji untuk mencintai kekasihNYA
Melebihi semesta dunia
Aku kau dan dia
Hidup bersama janji
Tapi apakah janji itu telah kita lunasi?
Atau adakah janji itu telah kita khianati?
Jawapnnya hanya ada pada aku kau dan dia
Tepuk dada tanya hati.



Friday, January 10, 2014

i do write this blog not for others.. just for myself.. to write and express myself. i do love penulisan kreatif and some people says im tooo jiwang.. but do i care?? as i concern i write this poem or what so ever just to activate my other part of my brain.. Being a medical student im just too obsess with the fact. and totally left brain user. so this is my way to use both of my brain. Everyone have their own way to be creative. Dont put a blame on me. If you dont like it, im not forcing u to read it. and im not a criminal being in love with penulisan kretif..... 

Thursday, January 2, 2014

mak ayah....



Mak dan ayah.
Yang mengajar kami bertatih tanpa letih
Yang mengajar kami tersenyum walaupun jerih
Pada mereka ajaran kasih itu bersemi.
Pada mereka hidup kami diwarnai
Mak dan ayah
Sedari kecil mereka berkorban buat kami
Sehingga kini tetap memikir tentang kami
Sungguh besar pengorbanan kalian buat kami
Mak dan ayah
Kalian mengajar kami agar dekat pada Illahi
Sentiasa menyuruh kami selawat pada Nabi
Tunduk dan sujud itu sudah semesti
Terima kasih buat segalanya hingga hari ini
Mak dan ayah
Kasihmu tidak terperi
Sentiasa mengisi ruang diri
Andai salah dan silap kami mohon ampuni
Sesungguhnya pada kalianlah terletaknya syurga kami.

Mak ayah, ibu abah, ummi walid, mummy daddy, appa omma, semua membawa maksud yang sama. Mereka yang membawa kita kedunia. Yang mengajar kita tulis baca seawall usia
.
Ibu dan ayah mereka yang tidak mampu diganti. Yang sentiasa menemani pabila kita disakiti dan menyakiti. Merekalah yang sentiasa bersama kita semenjak kita belum mengenal dunia. Yang sentiasa resah memikir tentang kita seusai tangisan belum bergema lagi.

Ibu dan ayah, merekalah cahaya kita. Yang mencorakkan kita penuh warna warni. Yang mengajar kita agar senyum walaupun sedih menghampiri. Yang turut mengajar kita untuk bangkit walaupun terjatuh tanpa henti. Sentiasa juga bersama kita walaupun sejuta kali kita tersungkur.

Mereka juga mengajar kita agar bersyukur apabila hikmah menghampiri. Dan tanpa letih berusaha untuk membahagiakan kita. Jika bintang di angkasa jadi cagaran namun kasih dan sayang mereka tidak mampu dipajakkan.

Ibu dan ayah kerana kesusahan melahir dan membesarkan kita, mereka diberikan darjat yang tinggi di sana nanti. Kerana kasih sayang buat kita tidak berbelah bahagi , syurga kita terletak pada mereka. Kepatuhan pada mereka jadi tuntutan buat kita selagimana syarak itu tidak digugah.

Namun hari ini, betapa anak muda lupa untuk menghargai mereka yang tiada dua ini. Lupa untuk tidak menyakiti mereka. Lupa untuk menyayangi mereka setulusnya. Betapa kita mudah lupa pada mereka hanya kerana dunia di depan kita.

Hilang ibu bapa tiada ganti. Hargai mereka selagi mana mereka disisi. Jangan kerana dunia kita meminggirkan mereka. Kerana syurga dan keberkatan hidup kita terletak pada mereka. Dan Allah telah angkat darjat mereka kerana kesusahan yang mereka alami demi menjadikan kita manusia.

Sedangkan Tuhan Yang Maha Agung telah meninggikan darjat mereka, siapa kita untuk merendahkan mereka? Buka mata hati. Lihat kasih dan sayang mereka. Masih belum terlewat buat meraka yang punya ibu dan bapa untuk menunjukkan kasih buat mereka

Namun buat yang telah tiada, doakan mereka, dan doakan agar dapat berhimpun di syurga Firdausi.....




cinta dan CINTA

Biarlah aku merasa sakit hari ini
Biar perit yang kudampingi
Jika ianya sekadar mahu menguji
Aku menangis lagi
Namun sekadar mengisi hari-hari sepi
Bukanlah hingga menyalahkan takdir Illahi
Sakit yang ku rasai
Kerana silap yang ku cari
Menghulurkan cinta
Kepada yang bukan selayaknya dicintai
Ya , aku menangis lagi
 bukan kerana kecewa terluka
Namun kerana penyesalan yang berganda
Kerana silap menghitung dunia
Juga kerana aku melanggar perintahNYA
Aku alpa pada kepalsuan cinta
Hingga hampir menggadaikan cinta yang utama
Hampir sahaja aku menjadi hamba cinta dunia
Tetapi Dia yang diatas sana sangat mengasihi hamba
Menarik aku kembali padaNYA dengan pelbagai cara
Alhamdulillah kerana DIA Maha Pencipta Cinta

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamaNya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Maidah:54)

Cinta, perkataan biasa yang kita dengar abad ini. Setiap orang memuja cinta, namun setiap orang juga punya definisi cinta yang berbeza. Ada apa pada cinta?

Betapa hari ini pemikiran anak muda kita sudah terhimpit pada amukan garuda cinta. Bagi mereka mencintai berlainan jantinan adalah satu keperluan untuk melayari bahtera hidup sebagi pemuda
Entah silap dimana, bagi mereka tanpa cinta siapalah mereka.

Sehingga sanggup merendahkan maruah semata-mata kerana cinta. Cinta adalah fitrah. Namun jika begini cara membawa cinta ianya telah bertukar fitnah.

Apakah itu cinta jika terpaksa menggadaikan mahkota wanita sebagai bukti? Apakah itu cinta jika menghumban diri ke kancah dosa? Apakah cinta jika nasihat ibu dan ayah ditolak tepi? Jawapannya ini bukan cinta. Ini hanyalah nafsu yang merajai diri.

Hanya kerana definisi cinta sebegini lahirnya anak-anak yang tak berdosa ke dunia ini. Mereka dihina, dicaci, dihumban sana –sini. Salah mereka kah? Mereka kah yang  minta dilahirkan sebagai anak ‘cinta’? Salah merekakah yang menjadi bukti terhadap keagungan ‘cinta’?  Tanyalah diri adakah ini bukti cinta suci?

Cinta suci takkan menyakitkan sesiapa. Cinta suci akan memberikan bahagia. Meraikan semua agar cinta itu bersemi. Sebenar-benar cinta apabila kita meletakkan Rabbi sebagai sandaran. Meletakkan syariat sebagai aturan. Inilah cinta suci. Cinta yang mampu membawa ke syurga Firdausi.

Betulkan sudut pandang kita terhadap cinta. Jangan terlalu mendamba cinta manusia hingga diabaikan CINTA ILLAHI. Hanya cinta suci yang mampu memberi bahagia di esok hari.

Bagi yang pernah tersilap langkah, jangan pernah takut untuk berpaling dan beralih arah. Sesugguhnya cinta suci dari Illahi itu sentiasa ada buat kita.



Bila diri disayangi



Bismillah atas nama Allah yang menjadikan sesuatu dengan kekuasaanMu.
Khaliq yang menjadi penjaga dan pemberi rahmat buat sekalian alam.
Sesungguhnya setiap sesuatu dalam pengetahuanMu dan penguasaanMu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku menyelusuri liku-liku hidup demi mencari redhaMu
Namun ada kalanya langkahku patah
Langkahku lemah mencecah badai
Namun aku kekal berjalan kerana surat cintaMu
Yang memimpinku
meminta aku agar kekal berjalan walaupun berat atau ringan.

Walaupun pandangan  mataku makin kabur
dihujani air mata duka
namun esak dan tangisku berharga
kerana aku percaya ada nilai pada sisiMu
juga kerana air mata mampu membawaku 
menjumpai Rahmat dan kasihMu

Ya Rabbi pemilik hati ini
tetapkan aku pada jalanMu
Pimpin aku mencari redhaMu
Sabarkan aku menempuhi segala sesuatu