Friday, December 28, 2012


APAKAH YANG HARUS KU PILIH.......


Selalu kita keliru dalam menentukan pilihan , samada perlu pantas bergerak ke hadapan atau masih berdiri di tempat asal, kita bimbang jika bergerak kehadapan kita bakal kehilangan sesuatu yg berharga namun kita juga bimbang jika kita tidak maju melangkah kita tidak mampu melihat masa depan.

Keliru , buntu,, antara dua jalan yang tersimpang , kita akan ragu-ragu utukk memilih jalan mana yg terbaik.  Pilih lah jalan yang mampu membuat hati dan jiwa tenang, Pilih lah jalan yang mampu membawa kita pada tuhan, kerana kita bukan siapa-siapa tanpa DIA

Di saat kita sudah membuat pilihan dan ternyata pilihan itu membuatkan kita kehilangan sesuatau yg berharga, jangan mudah memgalah, jangan mudah berpaling arah kerana mungkin di akhir jalan pilihan itu punya sesuatu yang lebih berharga yang telah Allah rencanakan buat kita. Kerana Dia lah sebaik-baik Perancang

Bagi aku, melangkah lah dengan berani dan berdoalah semoga pilihan yang dilakukan ini adalah pilihan yang terbaik. berdoalah agar hatimu dituntuni Illahi agar memilih jalan yang DIA redhai.......


Wednesday, December 26, 2012

~HAKIKAT BERSEDIH~

Jangan pernah kalah apabila kesedihan menghampiri kerana kesedihan mampu membawa kita hidup bertuhan ,,, 

jangan di benci kesedihan kerana kesedihan membuahkan kekuatan

jangan merasakan lemah pabila tangisan memecah sunyi kerana menangis itu adalah rahmat Illahi

kerana kesedihan itu lumrah kehidupan dan kerana kesedihan itu bukti kita punya perasaan...

Namun pabila kesedihan menghampiri jangan pinggirkan diri daripada Illahi kerana padaNYA lah sumber kekuatan sejati

Pabila air mata menyapu pipi tunduk sujudlah menyembah Rabbul Izzati kerana waktu itulah kedamaian abdi di kecapi........

~BERSEDIH DAN MENANGIS ITU TIDAK SALAH NAMUN ADA KALANYA CARA KITA MENGENDALIKAN KESEDIHAN ITU YANG SILAP~


Sunday, January 29, 2012

jiwa ku milik Tuhan,,,

setiap soaln punya jawapan,, samaada kita ingin mencari jwpan terhadap persoaln ataupon kita ingin membiarkan diri kita dalam tenggelam dalam soalan itu.....


jiwa ini kadang kala kosong,,,,

mencari sesuatu yg tidak pasti,,,

kekiri aku rasakan jalanku salah,,

ke kanan ku rasakan langkahku patah,,,

aku mencari lagi ,, mecari sesuatu yg tak pasti,,,

aku menyelusuri hidup ini dengan pencarian yang tidak tahu mana hujungnya

ap yang aku cari? apa yang aku ingin temui?

~persoaln yang membelengguku~


tanyalah diri ap yang kita ingingi

selagi kita tidak tahu apa tujuan hidup kita ,,,

selama itulah kita akan hidup dalam pencarian yang sia-sia,,

pencarian yang tak mampu kemana mana...........

~apa yang kamu cari~


sebenarnya tiap kita mencari sinar fitrah yang ada dalam jiwa kita sejak kita bayi,,,

fitrah yang inginkan pada agama,,,,

selagi kita jauh pada agama

selagi itulah jiwa kita kosong

selagi itulah langkah kita pesong,,,

~punya jawapan rupanya persoalanku selama ini~


tanpa kita sedar kita inginkan kehidupan yang ditawarkan Tuhan

kehidupan yang mengagungkan Ya Rabbul Izzati

namun kdangkala mainan dunia membuatkan kita leka

membuatkan kita alpa

menyebabkan kita berjalan menjauhi Yang Esa

~owh ini penyebab aku gagal mencari jwpan terhadap persoalanku~


Kita masih punya masa untuk mencari cinta Illahi

kita masih ada waktu untuk mengisikan jiwa insani

selagi hayat masih disini

selagi nafas belum terhenti........

~aku perolehi jwpan dan aku perlu mngejarnya~