KEMBARA
Di kiriku buku di kanan ku
buku
Dan aku memulakan perjalananku
mengembara merentasi benua
Membelek dihelaian pertama
Aku terus berada diluar dunia
Melihat bintang cakerawala
Berputar berpaksi mengelilingi
Mengikut aturan Illah.
Aku kembali ke dunia
Bergerak menuju benua
Melihat Islam gah menyandang
dunia
Ku lihat sekeliling agak asing
Tarikh ke belakang rupanya
Dan aku sedang merenung indah
Sepanyol dalam balutan dakwah
Dan kesian kalinya aku beralih
arah
Meninggalkan sejarah
Memulakan kembara melihat
sekitar
Melihat cantiknya ciptaan
Rabbi
Namun tiba-tiba langkah ku
terhenti
Punya tangan-tangan manusia
merosakkan semua
Yang seimbang menjadi bimbang
Yang menawan menjadi sawang.
Hingga ini pengembaraanku kali
ini
aku perlu mengejar pengetahuan
Kerana pengembaraan tanpa
pengetahuan
Bagaikan pelita tanpa sumbu.
Bacalah! Bacalah! Bacalah
dengan nama Tuhanmu. Kerana ini adalah wahyu pertama ynag diturunkan buat
kekasih seluruh ummat, Muhammad SAW.
Kita disuruh membaca kerana
dengan membaca kita akan berfikir. Dengan membaca kita mampu mentadbir. Dengan membaca membawa kita mampu menyaksi.
Bahan bacaan yang kita baca
membezakan kita dan lain. Mereka yang membaca buku berunsur ilmiah akan berbeza
dengan mereka yang menghabiskan waktu hanya sekadar membaca gosip-gosip murah.
Mereka yang melazimi membaca
buku berbeza dengan mereka yang membiasakan diri dengan televisyen atau menghabiskan masa melayari laman sesawang
tanpa perlu.
Membaca mampu membawa kita
mengembara,kesegenap benua juga mungkin ke angkasa raya. Tidak dilupa dengan terus
membaca kita turut mampu berjalan membelah sejarah semalam. Mengambil ibrah
agar tidak diulang.
Namun membaca tanpa mengkaji
ibarat lembu yang dicucuk hidung . Menerima setiap bacaan tanpa ilmu ibarat
buta tanpa cacat. Disinilah perlunya budaya fikir dan selidik.
Bukan itu sahaja, membaca dan
menuntut bersama guru perlu seiring, agar setiap bacaan yang di baca tidak
terpesong tanpa arah. Agar bacaan yang dibaca dapat dituntun cantik mengisi
hidup
Dengan membaca jiwa yang
kering akan basah, kasih yang hilang akan tenang, luka berdarah akan terubat
indah.
Kerana dengan membaca kita
akan temukan mutiara berharga. ILMU dan KASIH RABBI
Bacalah dengan menyebut nama
Tuhanmu yang menciptakan.Dia telah menciptakan manusia dari segumpal
darah.Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Mulia.Yang mengajar manusia dengan
pena.Dia yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (AL
ALAQ :1-5)
No comments:
Post a Comment