Hari ini
bumi basah lagi
Dan aku
mengeluh juga
Bila air
ini mahu berhenti mengalir?
Bila mau
kering awan ini melimpahkan cecair
Aku pandang
ke timur dan utara
Kelam....
Aku
bertanya pada diri mengapa perlunya hujan
Jika
matahari mampu memberikan sinar bahagia?
Mataku
terpandang sepohon pokok melambai-lambai
Bagaikan
bahagia ditimpa hujan
Katak
hijau menyanyi riang memberi suasana pada
alam
Mereka
bagaikan berirama menyatakan suka
Bagaikan
ada suara halus membisik di jiwaku
Hujan
turun bukan untuk menyusahkan hamba
Tetapi
kerana Rabbi tahu keperluan padannya
Aku
tersenyum, dan tiba-tiba titisan itu mula berhenti
Dan
diufuk jingga punya warna yang menenang jiwa
Hadiah
buat mereka yang sabar menanti hujan reda.
Dan Kami
pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-oreang yang
sabar (Al-Baqarah :155)
Hidup
ini bagaikan hujan dan pelangi. Akan ada
ujian yang menduga jiwa. Membasahkan diri dengan air mata duka. Namun musibah
yang tercipta bukan kerana diri ini dibenci Rabbi, namun kerana diri ini adalah
mutiara indah yang sedang digilap Illahi
Sesungguhnya
Yang Maha Mencipta itu tidak zalim buat hamba-hambanya. Tidak membebani
setanding yang termampu diri. Buktinya ujian kita semua berbeza. Ada yang diuji
dengan kemewahan. Ada pula yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang teruji dengan
kebahaagian ada pula yang teruji dengan kedukaan.
Kerana
Dia tahu apa yang diperlukan hamba. Tanpa ragu kita diduga. Pandanglah dengan
mata yang bercahaya. Setiap yang terjadi punya hikmah yang tersembunyi. Setiap
air mata yang mengalir akan punya pelangi sebagai hadiah diesok hari.
Setiap
apa yang terjadi hari ini adalah bekalan buat kemudian hari. Jangan pernah
lelah menjalani hidup sehari-hari. Jangan pernah membenci ujian yang Tuhan beri
kerana kita hamba yang selayaknya diuji. Jika tangisan hari ini bukti kita
mengimani kekuasaan Maha Pemberi rezeki redhakanlah hati. Kerana keimanan ini
akan menjadi saksi dihari pembalasan nanti.
Jika
kesedihan ini mampu membuatkan diri ini bertatih menuju Tuhan jangan dikeluhkan. Sabar atas cubaan. Tabah
atas dugaan. Kerana setiap yang terjadi tidak pernah sia-sia dimata Ya Rabbul
Izzati. Sesungguhnya aku hidup hari ini
hanyalah demi Tuhanku.
~Jika
hujan berterusan aku hanya perlukan payung untuk terus berjalan. Bukan mengeluh
kesah menyalahkan awan. Tiba masanya matahari membentang itu tanda aku berjaya
berjuang. Berjuang meyakinkan diri bahawa setiap kesususahan ada kesenangan dan
setiap kesabaran akan ada balasan. Dan aku tenang~
Apakah
kamu mengira kamu bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepada kamu
cubaan seperti yang dialami orang-orang terdahulu dari kamu. (Al-Baqarah :214)
~Bersangka
baik pada Tuhan kerana Dia mengikut persangkaan hamba~
~Berbahagialah
dalam ujian Tuhanmu~
No comments:
Post a Comment