Monday, October 21, 2013


Nukilan tika mana aku disana, menghadapi saat-saat kejatuhan mesir yang demokrasi ke tangan penjajahan tentera. Perasaan yang bercampur baur, marah dan sedih. Hanya patah-patah kata yang mampu kunukil tika itu. Untuk bersama angkat senjata aku bukan siapa-siapa...... 
NIL BERDARAH KEMBALI
Pabila Islam mula meyerlah dibumi Nil mengalir
Pabila sujud ke tanah tika Islam di puncak atas
Musuh-musuh tidak berdiam
Memandang dan terus bercadang
Secara perlahan mereka menyusup
Memecah belah negara yang baru tercipta
Dengan indah atas nama demokrasi
Yang berhak memimpin secara sah digulingkan
Yang berhak bersuara didiamkan
Yang punya hak atas semua dimatikan
Merekalah rakyat yang tidak berdosa
Berjuang di medan hanya untuk meninggikan yang haq
Dan juga untuk merendahkan yang batil
Namun nyawa mereka bagai tiada harga
Darah yang tertitis bagai tiada warna
Namun berbahagialah kerana syurga menantimu
Kerana syahid jalan pulang mu
Demi Tuhan yang menjadikan langit dan bumi
Aku mohon menangkan Islam
Hancurkan pakatan mereka Allah
Hancurkan  mereka Allah
Hancurkan.....
Semoga yang haq akan tertegak.


 Nil mengalir tidah pernah henti. Dan nil adalah saksi atas semua yang terjadi. Disinilah bermulanya  pertembungan antara haq dan batil. Pertembungan antara dosa dan pahala. Pertembungan juga antara Firaun dan Musa.

Disini punya dua warna kehidupan samaada hitam atau putih. Samaada memilih Firaun sebagai teraju ataupun mengambil Musa sebaliknya. Walaupun kedua-duanya punya bangsa yang sama namun mereka berbeda. Yang satunya memenangkan yang haq manakala amat menyedihkan pabila yang satunya memilih yang batil.

Hingga kesaat ini pertembungan antara dua ini tidak berhenti. Pabila yang haq menang dan berada dipuncak, kami sujud dimedan menunjukkan rasa syukur. Islam kini menang. Haq mula berkuasa.Batil mula tunduk ke tanah.

Melihat sendiri tercapainya kemenangan Islam, menanti penuh debar keputusan pilihan raya. Perasaan yang tidak mungkin dilupa. Menangnya haq dibumi Nil ini memberikan nafas baru buat Gaza. Bumi yang sangat ingin dijejak. Pintu rafah dibuka hadiah terindah buat saudara disana.

Namun mereka tidak berdiam, mereka merancang. Menjatuhkan yang benar tanpa ragu. Menggunakan alas an yang tidak mampu dicerna minda. Mereka terlalu lama dibelenggu sekularisme hingga tidak mampu melihat Islam itu lengkap atas semua.

Dan kerana tangan-tangan jahat, Nil kini megalirkan darah. Darah para syuhada yang berjuang bagi meninggikan pemimpin yang berhaq. Mereka mungkin terbunuh disini namun mereka hidup disisi Rabbul Izzati.

Mesir kembali berdarah. Mesir kembali dalam medan perjuangan. Mohon doa buat saudara-saudara di sini juga di Gaza yang kembali ditekan pabila pintu penghubung itu ditutup. Juga tidak dilupa buat mereka di Syria dan Rohingya.

Demi Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, demi Tuhan yang penuh kekuasaan. Aku percaya janjiMu, Islam akan menang, namun aku mohon pinjamkan kekuatan agar kami terus berjuang. Teguhkan hati kami di atas medan perjuangan. Redhakan kami atas tiap kejadian. Sampai masanya Tuhan hancurkan pakatan mereka.Hancurkan mereka. Hancurkan.........



No comments:

Post a Comment