Mak dan ayah.
Yang mengajar kami bertatih tanpa
letih
Yang mengajar kami tersenyum
walaupun jerih
Pada mereka ajaran kasih itu
bersemi.
Pada mereka hidup kami diwarnai
Mak dan ayah
Sedari kecil mereka berkorban buat
kami
Sehingga kini tetap memikir tentang
kami
Sungguh besar pengorbanan kalian
buat kami
Mak dan ayah
Kalian mengajar kami agar dekat
pada Illahi
Sentiasa menyuruh kami selawat pada
Nabi
Tunduk dan sujud itu sudah semesti
Terima kasih buat segalanya hingga
hari ini
Mak dan ayah
Kasihmu tidak terperi
Sentiasa mengisi ruang diri
Andai salah dan silap kami mohon
ampuni
Sesungguhnya pada kalianlah
terletaknya syurga kami.
Mak ayah, ibu abah, ummi walid,
mummy daddy, appa omma, semua membawa maksud yang sama. Mereka yang membawa
kita kedunia. Yang mengajar kita tulis baca seawall usia
.
Ibu dan ayah mereka yang tidak
mampu diganti. Yang sentiasa menemani pabila kita disakiti dan menyakiti.
Merekalah yang sentiasa bersama kita semenjak kita belum mengenal dunia. Yang
sentiasa resah memikir tentang kita seusai tangisan belum bergema lagi.
Ibu dan ayah, merekalah cahaya
kita. Yang mencorakkan kita penuh warna warni. Yang mengajar kita agar senyum
walaupun sedih menghampiri. Yang turut mengajar kita untuk bangkit walaupun terjatuh
tanpa henti. Sentiasa juga bersama kita walaupun sejuta kali kita tersungkur.
Mereka juga mengajar kita agar
bersyukur apabila hikmah menghampiri. Dan tanpa letih berusaha untuk
membahagiakan kita. Jika bintang di angkasa jadi cagaran namun kasih dan sayang
mereka tidak mampu dipajakkan.
Ibu dan ayah kerana kesusahan
melahir dan membesarkan kita, mereka diberikan darjat yang tinggi di sana
nanti. Kerana kasih sayang buat kita tidak berbelah bahagi , syurga kita
terletak pada mereka. Kepatuhan pada mereka jadi tuntutan buat kita selagimana
syarak itu tidak digugah.
Namun hari ini, betapa anak muda
lupa untuk menghargai mereka yang tiada dua ini. Lupa untuk tidak menyakiti
mereka. Lupa untuk menyayangi mereka setulusnya. Betapa kita mudah lupa pada
mereka hanya kerana dunia di depan kita.
Hilang ibu bapa tiada ganti. Hargai
mereka selagi mana mereka disisi. Jangan kerana dunia kita meminggirkan mereka.
Kerana syurga dan keberkatan hidup kita terletak pada mereka. Dan Allah telah
angkat darjat mereka kerana kesusahan yang mereka alami demi menjadikan kita
manusia.
Sedangkan Tuhan Yang Maha Agung
telah meninggikan darjat mereka, siapa kita untuk merendahkan mereka? Buka mata
hati. Lihat kasih dan sayang mereka. Masih belum terlewat buat meraka yang
punya ibu dan bapa untuk menunjukkan kasih buat mereka
Namun buat yang telah tiada, doakan
mereka, dan doakan agar dapat berhimpun di syurga Firdausi.....
No comments:
Post a Comment