Biarlah aku merasa sakit hari
ini
Biar perit yang kudampingi
Jika ianya sekadar mahu
menguji
Aku menangis lagi
Namun sekadar mengisi
hari-hari sepi
Bukanlah hingga menyalahkan
takdir Illahi
Sakit yang ku rasai
Kerana silap yang ku cari
Menghulurkan cinta
Kepada yang bukan selayaknya
dicintai
Ya , aku menangis lagi
bukan kerana kecewa terluka
Namun kerana penyesalan yang
berganda
Kerana silap menghitung dunia
Juga kerana aku melanggar
perintahNYA
Aku alpa pada kepalsuan cinta
Hingga hampir menggadaikan cinta
yang utama
Hampir sahaja aku menjadi
hamba cinta dunia
Tetapi Dia yang diatas sana
sangat mengasihi hamba
Menarik aku kembali padaNYA
dengan pelbagai cara
Alhamdulillah kerana DIA Maha
Pencipta Cinta
Hai orang-orang yang beriman,
barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamaNya, maka kelak Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun
mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang
bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan
yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah,
diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Maidah:54)
Cinta, perkataan biasa yang
kita dengar abad ini. Setiap orang memuja cinta, namun setiap orang juga punya
definisi cinta yang berbeza. Ada apa pada cinta?
Betapa hari ini pemikiran anak
muda kita sudah terhimpit pada amukan garuda cinta. Bagi mereka mencintai
berlainan jantinan adalah satu keperluan untuk melayari bahtera hidup sebagi
pemuda
Entah silap dimana, bagi
mereka tanpa cinta siapalah mereka.
Sehingga sanggup merendahkan maruah
semata-mata kerana cinta. Cinta adalah fitrah. Namun jika begini cara membawa
cinta ianya telah bertukar fitnah.
Apakah itu cinta jika terpaksa
menggadaikan mahkota wanita sebagai bukti? Apakah itu cinta jika menghumban
diri ke kancah dosa? Apakah cinta jika nasihat ibu dan ayah ditolak tepi?
Jawapannya ini bukan cinta. Ini hanyalah nafsu yang merajai diri.
Hanya kerana definisi cinta
sebegini lahirnya anak-anak yang tak berdosa ke dunia ini. Mereka dihina,
dicaci, dihumban sana –sini. Salah mereka kah? Mereka kah yang minta dilahirkan sebagai anak ‘cinta’? Salah
merekakah yang menjadi bukti terhadap keagungan ‘cinta’? Tanyalah diri adakah ini bukti cinta suci?
Cinta suci takkan menyakitkan
sesiapa. Cinta suci akan memberikan bahagia. Meraikan semua agar cinta itu
bersemi. Sebenar-benar cinta apabila kita meletakkan Rabbi sebagai sandaran.
Meletakkan syariat sebagai aturan. Inilah cinta suci. Cinta yang mampu membawa
ke syurga Firdausi.
Betulkan sudut pandang kita
terhadap cinta. Jangan terlalu mendamba cinta manusia hingga diabaikan CINTA
ILLAHI. Hanya cinta suci yang mampu memberi bahagia di esok hari.
Bagi yang pernah tersilap
langkah, jangan pernah takut untuk berpaling dan beralih arah. Sesugguhnya
cinta suci dari Illahi itu sentiasa ada buat kita.
No comments:
Post a Comment