Wednesday, April 20, 2011

cari lah makna sehelai hijab itu.....

hijab,, tudung,, selendang.... semuanya itu adalah selembar kain untuk menutup aurat dan mengikut syariat yang ditetapkan,, namun adakah kita pernah menilai makna sehelai hijab itu? sehelai hijab yang membezakan hamba yang mencari reda Allah atau hamba yang lupa pada pencipta,,,

pernah kah kita melihat betapa besarnya hikmah penutupan aurat yang sempuran yang dianjurkan oleh Islam, agama yang syumul itu? pernah kah kita bertanya pada diri kita,, adakah cara aku berhijab ini yang terbaik? sudah sempurnakah penutupan aurat aku ini yang menjadi lambang maruah seorang mujahidah? tepuk dada tanya iman....

**********************************************************************************

aurat wanita bukan hanya rambut,, banyak lagie,, namun hari ini aku hanya ingin menyentuh tentang rambut,, dan persoalan tentang hijab sahaja... sejauh mana kita memegang suruhan Allah supaya menutup rambut yang diibaratkan sebagai mahkota seorang wanita..

mengapa kita ingin menayangkan mahkota milik kita yang sepatutnya hanya ditonjolkan pada yang hak sahaja... kalu tiap mata yang memandang mampu melihat keindahan yang ada pada kita,, ape kesudahanya?? apa yang tinggal pada kita? fikir2 kan....

janganlah bertudung hanya semata-mata untuk berfesyen,, bertudung hanya kerana anda berada di bumi mesir,, bumi para anbiya, namun apabila kembali ke malysia hilanglah hijab itu,, ataupun kita begitu asyik memaparkan gambar yang tidak bertudung di laman2 sosial,, tanya hati apa yang kita cari dengan melakukan semua itu? yang yang kita raih? apa yang kita dapat?? hanya menambah dosa yang sedia menggunung pabila mata2 gatal memandang gambar itu,,, kalau anda terlalu berani melanggar perintah Allah,, carilah bumi lain untuk berpijak kerana bumi ini dan segala seluruh isinya milik Illahi...


~aku tidak sempurna namun aku berusaha untuk menjadi hambaMu yang mencari taqwa~

~aku bukan marah pada mu sahabat,, namun aku sedih kerana itu bingkaian ini untumu,, kerana sebagai saudara aku mengasihiMu.~

~semoga persahabatan ini hingga ke syurga~

No comments:

Post a Comment